24 November 2011

Hadiah Malam Jumaat

Assalamualaikum..

Semalam sempat membaca buku bertajuk Fadilat,Zikir dan Doa Harian. Mija tersentuh hati dengan satu kisah ini sememangnya memberikan ikhtibar kepada mija dan mungkin pada sesiapa yang membacanya. Mungkin ini cuma kisah zaman dahulu yang mija tidak tahu adakah benar ianya terjadi, tapi sebagai hamba Allah pasti kisah-kisah begini memberikan pengajaran yang sangat berguna. Buat diri mija dan sahabat semua jangan lupa hadiahkan pahala sedekah, al-fatihah, yasin dan doa kepada saudara-saudara kita yang telah meninggal dunia. 

Sudah hampir 14 hari pemergian insan yang pernah mija sayangi. Pemergiannya masih terasa dan membuatkan diri ini lebih banyak bermuhasabah diri untuk segera berubah dan bertaubat. Menyedari diri terlalu banyak berbuat dosa dan bahawa kematian tidak mengenal usia. Malah kehilangan arwah buat diri ini lebih insaf untuk kembali ke jalan Allah dan berubah ke arah kebaikan. Al-fatihah buat Arwahyarham Mohamad Hanif Zuber, Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Kenangan bersama tidak akan mija lupakan sampai akhir hayat nanti. Arwah seorang yang baik.

***********************************
Di dalam kitab Tanbihul Ghafilin dikisahkan peristiwa yang terjadi pada malam Jumaat untuk dijadikan iktibar kepada kita, umat islam.

Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat, Saleh al-Maizy pergi masjid Jamik untuk mengerjakan solat Subuh.

Kebiasaanya ia berangkat awal sebelum masuk waktu solat Subuh dan melalui sebuah perkuburan. Di situ, Saleh duduk seketika sambil membaca apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu Subuh masih lama lagi.

Tiba-tiba dia tertidur di situ lalu bermimpi melihat ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing. Mereka duduk dalam berkumpulan sambil berbual-bual sesama mereka.

Al-Maizy terpandang seorang pemuda ahli kubur yang memakai baju begitu kotor serta tidak berkumpul dengan ahli-ahli kubur yang lain. Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah yang begitu murung, gelisah kerana begitu sedih.

Tidak berapa lama kemudian, datang malaikat membawa beberapa talam yang ditutupi dengan kain. Seolah-olah seperti cahaya yang gemerlapan.

Malaikat menghampiri para ahli kubur dengan membawa talam-talam tersebut. Setiap seorang mengambil satu talam dan di bawanya masuk ke dalam kubur mereka.

Semua ahli kubur mendapat satu talam sehingga tinggallah pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak memperoleh apapun.

Dengan perasaan yang teramat sedih dan berduka, dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya. Tetapi sebelum dia masuk, al-Maizy segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya.

Wahai hamba Allah! Aku lihat engkau terlalu sedih. Mengapa? Tanya Saleh al-Maizy.

Wahai Saleh, Adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa oleh malaikat sebentar tadi? Tanya pemuda itu.

Ya, aku melihatnya. Tetapi apakah benda di dalam talam-talam itu? Tanya al-Maizy lagi.

Pemuda tersebut menerangkan bahawa talam-talam itu berisi hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang telah meninggal dunia yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan doa. Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat.

Pemuda tersebut kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar. Katanya dia mempunyai seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan suami baru. Akibatnya, ibunya terlupa untuk bersedekah kepada anaknya yang telah meninggal dunia sehingga tiada seorang pun yang mengingati pemuda tersebut.

Maka bersedihlah pemuda itu setiap malam terutama pada hari Jumaat apabila melihat orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang sahaja yang tidak menerimanya.

Al-Maizy merasa begitu kasihan mendengarkan cerita pemuda tersebut. Lalu ia menanyakan nama dan alamat ibu pemuda itu agar ia dapat menyampaikan keadaannya kepada ibunya. Pemuda itu menerangkan sifat-sifat ibunya.

Tidak berapa lama kemudian, al-Maizy terjaga dari mimpinya Maka pada sebelah paginya, al-Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut.

Setelah mencari ke sana kemari, beliau akhirnya berjaya menemui ibu pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya.

Ibu itu menangis mendengar cerita al-Maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzakh.

Lalu ia berkata: Wahai Saleh! Memang benar dia adalah anakku, Dia belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku. Dia membesar dengan meminum susu dari dadaku dan ribaku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya.

Al-Maizy turut merasa sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis dengan penuh penyesalan kerana lupa untuk mendoakan anaknya selama ini.

Kalau begitu, aku mohon minta diri dahulu. Kata al-Maizy lalu bangun meninggalkan wanita tersebut.

Tatkala dia hendak melangkah pergi, ibu pemuda itu menahannya agar jangan pulang dahulu. Dia segera masuk ke dalam biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak 1,000 dirham.

Wahai Saleh, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku. Insya-Allah aku tidak melupakannya dengan doa dan sedekah untukknya selama aku masih hidup.

Saleh al-Maizy mengambil wang tersebut, lalu disedekahkannya kepada fakir miskin sehingga tidak tinggal sesenpun dari 1,000 dirham itu. Dilakukanya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya oleh ibu pemuda tersebut.

Pada suatu malam Jumaat berikutnya al-Maizy berangkat ke masjid Jamik untuk solat berjemaah. Dalam perjalanan sebagaimana biasa ia singgah di perkuburan.

Di situ ia terlena sekali lagi dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing-masing. Pemuda yang dahulunya kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama ahli kubur yang lain dengan memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan amat gembira.

Pemuda tersebut mendekati Saleh al-Maizy lantas berkata: Wahai tuan Saleh, aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu. Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari Jumaat.

Eh engkau boleh mengetahui hari Jumaat? Tanya al-Maizy.

Ya, tahu.

Apa tandanya?

Jika burung-burung di udara berkicauan dan berkata:
Selamat, Selamat pada hari yang baik ini iaitu hari Jumaat.

Saleh al-Maizy terjaga dari tidurnya. Ia cuba mengingati kembali mimpinya lalu dia merasa gembira kerana pemuda tersebut telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.


P/S: Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila meninggal dunia seseorang anak adam itu, maka terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.


Semoga ada yang sudi sedekahkan al-Fatihah bila mija tiada lagi didunia ini..
Wasalam....

31 October 2011

Sabtu yang lepas

Lokasi: Zoo Melaka, Taman Rama-Rama dan Bandar Hilir
Tarikh: 29/10/11
Tugas: Guard anak-anak buah 
Motif: Rombongan Tadika


23 October 2011

Tutorial Buang Quick Edit Pencil & Quick Edit Screwdriver/Tools

Assalamualaikum....

UPDATE: Percaya atau tidak, 
mija boleh lihat skrudriver dan spanar ini di sesetengah blog..


Alhamdulilah.. problem sudah setel.. selama 2 hari ini mija terpaksa tutup blog sekejap atas sebab setting blog dah lari!. Alkisah semalam masa nak buka blog tetiba mija tengok bloglist yang mija setting untuk monthly tetiba keluar pula untuk daily punya list.adohaii pun... Bukan itu saja, bloglist dan post setting pon sudah kelihatan pelik daripada sediakala. Lagi satu yang pelik bin ajaibnya skrudriver edit tetiba muncul di setiap blog yang mija baca. Nak kata terkena virus, mija dah pun scan blog dan result clear dari malware atau virus. Seolah-olah mija boleh edit blog sesiapa,tapi tak boleh pon.haha.. Hati tak sedap bila fikirkan sebab ilmu pasal blog ini sangat kurang, tapi yang sedihnya mija try minta tolong dekat bloggers lain tak ada sapa pon reply, sebab mija tak pernah tolong dorang kot.hehe.. Jalan terakhir apa lagi, serahkan pada yang pakar "encik google", macam-macam klu mija search tapi tak jumpa jugak. Mungkin mija yang pertama kena macam ni kot dekat Malaysia. Dipendekkan cerita terjumpa blog oversea, macam paham je kan.ngeee.. Keterangan dia bagi tu macam ada kena mengena dengan masalah mija, tanpa segan silu mija pon translate guna google translate.hehe.. Mija cuba ikut tutorial yang dia ajar:

okay.. inilah rupa pencil edit dan skrudriver edit

Untuk blogger semua mesti tahu apa kegunaan 2 item diatas ini, Quick Edit Pencil untuk anda edit post secara pintas dilaman blog anda. Manakala Quick Edit Tools diguna untuk mengedit gadget secara pintas dari blog. Kebiasaan item ini akan timbul bila kita log in blog dan secara automatik kedua item ini akan keluar di setiap gadget dan post blog anda.

Balik kepada masalah mija tadi, mija boleh tengok kedua item diatas disetiap blog yang mija baca. Tak kiralah blog Ben Ashaari atau siapa-siapa. Mija dapat lihat skrudrivers bertaburan di merata blog anda. Tapi mija tak sampai hati nak bagitahu korang.hehe... Untuk menghalang dari melihat items diatas bagi setiap blog yang ada skrudrivers memang tak boleh dihalang. Tapi kita hanya boleh hiddenkan items tersebut di blog sendiri. Berikut adalah langkah-langkahnya:

Tutorial Buang Quick Edit Pencil:

Step 1: buka dashboard dan click "Design">Page Element"
Step 2: click "edit" Blog Posts seperti dibawah ini:


Step 3: Un-check kan box bagi "Show Quick Editing"


Step 4: Click "Save" dan anda akan dapati bentuk pencil tidak keluar di muka blog anda.

Tutorial Buang Quick Edit Spanner dan Skrewdriver:

Step 1: buka dashboard dan click "Design">"Edit Html"
Step 2: Jangan lupa click "Expand Widget Templates" dan cara code dibawah:
(untuk mencari click Ctrl dan F dan paste code dibawah)

]]></b:skin>

Step 3: Copy code diatas (untuk copy select code dibawah dan buat Ctrl dan C) Paste code tersebut sebelum ]]></b:skin>

.quickedit{display:none;}

Step 4: code tersebut jadi seperti dibawah.

.quickedit{display:none;}]]></b:skin>

Step 5: Save Template (sebelum membuat keputusan untuk "Save Template" pastikan anda "Preview" dulu. Okay)

p/s: Kalau anda rasa susah nak edit secara cepat atau pintas, anda boleh kembali kepada asal dengan cara membuang step yang ke 3.

Okay, selesai tutorial pertama blog mija. Kalau tak ada masalah camni mungkin tak tergerak hati nak buat tutorial kan. Nak renovate blog dah malas, so mija hanya tambah dan buang apa-apa yang patut. 
Selamat Malam....... :)

11 October 2011

Apa yang akan ditanya ketika meninggal dunia?

Maksud (dalam RUMI) talkin yang selalu dibaca utk orang yg meninggal dunia. 

Masa baca tu, sebut2lah nama sendiri yer.... kalau tak terasa meremang, sama2lah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yg kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat, InsyaAllah 
WALLAHU A'LAAMM. 

Bismillah hir rah man nir rahim. 

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. 

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala. 

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. 

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. 

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa hanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. 

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut. 

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. 

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata: 
Siapakah Tuhan kamu? 
Siapakah Nabi kamu? 
Apakah agama kamu? 
Apakah kiblat kamu? 
Siapakah saudara kamu? 
Apakah pegangan iktikad kamu? 
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu? 

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati. 
Hendaklah kamu jawab begini: 

Allah Taala Tuhanku, 
Muhammad nabiku, 
Islam agamaku, 
kitab suci Al-Quran ikutanku, 
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah". 

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semua untuk berkumpul di Padang Mahsyar. 

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. 

Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. 

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. 

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu. 

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. 

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin. 

Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut" 

Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-A'sr .. 

Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..." 

Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur "masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN" dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP. 

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." 
Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu "itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN" mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya: 

TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati 
1. Para Nabi 
2 Para Ahli Jihad 
3. Para Alim Ulama 
4. Para Syuhada 
5. Para Penghafal Al Quran 
6. Imam atau Pemimpin yang Adil 
7. Tukang Azan 
8 . Wanita yang mati kelahiran/beranak 
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya 
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman. 

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: 

Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:"Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga. 

"Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. 

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaiman yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu." 

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. " Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." Surah Al-Baqarah : 237 

"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"


nota kaki: 
Ya Allah....
Mija nak jadi baik,mija banyak berbuat dosa...
mija takut tak dapat jawap masa kat kubur nanti...

30 September 2011

Bila Nak Kawin?

..Assalamualaikum..

Bila Nak Kawin?

Kenapa agak sensitive soalan ini,sampai kadang-kadang boleh buat diri macam nak menangis bila ditanya bertubi-tubi.Paling mja sedih bila orang kata mja memilih sangat dan jual mahal. Terima kasih sebab berjaya buat mja menangis malam tadi,rasanya dah lama tak menangis dalam sebulan ini last pon masa hari raya time salam dengan mak abah. Bukan senang nak control rock kalau diri mja ni penuh dengan sifat emo. Mja tak kisah kalau nak bertanya tapi maaflah malam tadi memang rasa diri ini tak kuat nak hadap soal kawin-kawin. Datang bulan sudah.

Sabar. Sambil tengok jam kat dinding macam nak kawin 1 jam lagi. Bila umur dah hampir 25 tahun memang patut kawin pon, paling tidak mesti dah ada anak sorang. Mja sedar diri bukan muda lagi,tak ada masa nak enjoy macam dulu. Kawan-kawan ramai dah ada hidup sendiri, ada yang berkahwin ada bertunang malah anak pun dah masuk 3. lagilah rasa diri ni jauh ketinggalan kebelakang. Tak kan mja nak lumba dengan dia orang kot,kalau diri masih belum mampu nak ke arah itu. Berkawin sebab tengok kawan-kawan lain dah berkawin? pada mija itu bukan niat yang baik.

Bukan makcik-makcik kepoh je yang bertanya, malah anak-anak buah mja yang kecil pon tahu bertanya. Walaupun si kecil tak tahu apa yang dikata, tapi ayat si kecil itu cukup terkena dan terkujat dibuatnya. Teringat kata-kata anak buah masa semua sedang sibuk menikmati makanan ketika berbuka puasa:

si kecik: ee..mama dengan ayah tengah bercinta..
(sambil tengok mama dia suapkan makanan kat ayahnya)

si kecik bergabung 3 orang: a’ah.hahahaha…
(suke beno diorang tengok orang tua beraksi)

si kecik: atok pon bercinta dengan nenek kan. semua orang bercinta. tapi…..kesiannn cik jah duduk sorang-sorang je. Cik jah ni takde cinta ke??kenape cik jah takde cinta ek??
(alamak den terkeno..terkedu mja bila dengar ayat power si kecik ni, rasa ternyiang-nyiang kat telinga)

semua yang ada ketawa.haha…..mja pon ketawa tak tahan dibuatnya.
cik jah: memandai je ko eh…

si kecik: ala…kite taw kenapa cik jah takde cinta. 
dulu cik jah ada cinta. tapi sekarang cinta dia dah tertinggal, kat rumah orang yang cik jah cinta tu.hahaha….


(cisshhh betul la budak nih)..saba jelah…wekkk..

Sampai hari ni mja sangat pelik macamana anak buah mja sorang tu pandai mengenakan orang. Paling dia tak boleh tengok kalau mja pakai make up, mulalah katanya cik jah nak kawin. Macam-macam kerenah budak tapi seronok, kalau tak ada dia orang mesti mak cik dia ni boring tahap dewa.

Balik kepada topik. Mja tahu perkahwinan adalah satu tuntutan yang diwajibkan keatas orang islam  yang mampu. Kalaulah kawin itu semudah ABC air batu campur, hari ni juga mija nak berkahwin. Tapi nak buat macam mana kalau hati mija masih belum terbuka buat mana-mana lelaki. Jangan cakap mija demand please…sebab mija ada sebab-sebab tertentu kenapa masih belum berkahwin. Ada orang kata mija masih teringat bf lama. Ye,memang mija masih ingatkan dia tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat hati pernah terpaut. Mja akui masih rindukan dia,tapi tidaklah sampai berharap cinta dahulu kembali semula. Yang pasti mja harap dia bahagia dengan kehidupan dia sekarang. Kami pun tidak berdendam malah masih boleh berhubung dan bukan terus terpisah.

Bukan mudah nak kenal hati orang, kita tengok orang tuh happy memanjang tapi hati dia mungkin sedang terluka ataupun tengah gelisah. Macamana pula bila diri baru nak mulakan hubungan tapi bila diselidik rupanya dia laki orang. Paling mija tak suka kalau jenis orang yang memaksa-maksa atau suka mengugut. Cinta itu tak boleh dipaksa. Ia perlu dipupuk dengan kesabaran dan bukannya paksaan. Penat dah nak fikir pasal ini, mija pun belum cuba mencari lagi. Tengoklah nanti macamana…bila bf dah ada nanti..carry on jelah..

lumrah hidup:
bila anak dah pas spm: dapat sambung belaja kat mana?
bila dah dapat masuk u: bila nak abis study?
bila dah abis study: bila nak keje?
bila dah keje: bila nak kawin?
bila dah kawin: da ada isi/anak ke?
bila dah anak sorang: bila nak tambah anak?
(banyak sangat bilanya manalah saya tahu,kalau saya tahu saya jawaplah)
Apa mija merapu nih kan.maaflah,orang tengah datang bulan memang macamni.hurm..

JAWAPAN Jika Ditanya Tentang Perkahwinan ::
Knpa Lambat? = Kerana Allah tahu masa yang terbaik untukku.
Dah Bpunya? = Ya.. Kerana setiap org telah ditetapkan jodoh masing2.
Siapa? = Nanti Allah akan perkenalkan kpd semua..
Bila? = Bila kami sudah disatukan....Insya-Allah jemput datang ke Walimatul urusku nanti.. :)


cantekkkannn?hehe...

Kredit buat: Wan Zul
Kalau rasa nak amek gambar cantik macam kat atas tuh, 
boleh berhubung dengan beliau..



tlg bagi makan ye...